Monday, October 28, 2013

Pembohongan UMNO Merdeka 31 hb Ogos


JANGAN BERBOHONG TENTANG FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA. Setiap tahun – pada bulan Ogos – rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh Umno (untuk melayu no otak) tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Umno telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat pun. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana UMNO waktu itu? Tak wujud pun lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , Umno belum pun wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyusun gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka belajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana Umno? Tak de lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan Umno …. Ciiitttt nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin mereka di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, Umno buat apa ?….. pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British – lombong bijih dan ladang getah – di jaga dengan baik British telah mengangkat Umno untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimantan Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Brunei.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Brunei yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Brunei. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Brunei menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Brunei tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam – adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938. Rakyat Sabah dan Sarawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil kisah pun tentang 31 Ogos. Parti Umno pun tak diterima di Sarawak sehingga ke hari ini…Apa sebab..? Ini pun sejarah juga…bukan kelentong

Sebab tulah Malaysia ni termasuk didalam negara-negara Komanwel. Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini dan semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Maknanya negara-negara yang merdeka dibawah jajahan British akan mengikut acuan yang telah dibentuk oleh British. Dari sudut fisikalnya memanglah kita dah dimerdekakan oleh British tetapi British dah meninggalkan satu legasi yang kekal iaitu Perlembagaan Persekutuan yang ditulis oleh Lord Reid yang menjadi acuan pemerintahan di negara kita.

Ini pun sejarah juga…..

JANGAN JADI BARUA BRITISH

1 – British memberikan kuasa kepada Umno pada 31 – ogos 1957

2 – Rumah pasong Bukit Kepong diserang pada 23 februari 1950

3 – Mata- mata @ Polis dapat ‘diraja’ pada tahun 1958

4 – Menjadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963

5 – Ketika rumah pasong Bukit Kepong diserang ketua polis bernama SIR ARTHUE E.YOUNG – ini bukan nama
melayu

jangan jadi BARUA
mana ada sangkut paut pdrm
mana ada sangkut paut dengan diraja

janganlah bodoh kan orang melayu
orang melayu dah ramai bodoh
ini kita nak bodohkan lagi

cerahkan pemikiran orang melayu
jangan di bonsaikan pemikiran melayu
jadikan melayu bijak berfikir.... Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: “Operation Service”, A. E. Young menegaskan pendekatan polis…….

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama “Polis Diraja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police” dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia..... SAMPAI KAPAN MALAYSIA MERDEKA? BENARKAH SEJARAH MENGAKUI KEMERDEKAAN MALAYSIA ATAS PEMBERIAN PEMERINTAHAN BRITANIA RAYA...?

Monday, September 3, 2012

Bukti UMNO pun berpolitik dalam masid

Aku geli betul tengok Perkasa Kedah yang menyerang ceramah DSAI kononnya tidak boleh berceramah di masjid.




Tapi kalau diaaorng buat takper..


PERLING, 11 Januari 2012: Seorang imam di Masjid Jamek Taman Perling dipecat dari jawatan sebagai seorang imam selepas menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam masjid berkenaan. Imam yang bernama Abd Hafidz yang berumur diawal 20 an dipecat serta merta dari tindakan berani beliau tersebut.







Wednesday, August 29, 2012

SEMUA UNTUK DICAPATI

buat pelbagai janji buat pelbagai slogan


‎[copycat] Di mana pergi Bersih, Cekap Amanah? Di mana pergi Islamisasi? Di mana pergi Islam Hadhari? Di mana pergi 1Malaysia?

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million

4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost
= RM70 million








Monday, August 27, 2012

Umno dan fitnah tak dapat dipisahkan

Nampak tak siapa yang kaki fitnah?
Sengaja edit menggantikan perkataan "NFC" kepada "MELAYU" .
1. Buat orang kampung/felda marah kepada Pakatan Rakyat
2. Menunjukkan sikap racis melampau UMNO

Dah la otai (55 tahun) otai tu... KAMU DAH EXPIRED!


Thursday, August 23, 2012

Sejarah Merdeka Yang Sebenar

Sejarah Merdeka Yang Sebenar Yang Ditipu UMNO


British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat'. Perkataan ‘darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malay National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan pejuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta sejarah perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama islam, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

Tuesday, August 7, 2012

Janji Yang Dicapati Di Johor

Sebagai warga Johor yang mewah dengan air kalau tidak masakan eksport ke Singapore dengan harga 1000  gelen cuma 3 SEN jer...Sebab tu kakitangan PUB beruntung pasal gaji ikut Dollar Singapore.

Sedangkan kerajaan negeri Johor juga terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi untuk disalurkan kepada SAJ sedangkan SAJ adalah sebuah syarikat yang telah pun diswastakan yang sepatutnya mempunyai kewangannya sendiri untuk mengendalikan semua proses pengendalian bekalan air. Kemuncak kepada masalah penswastaan bekalan air di Johor ini adalah dengan satu perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan air di Johor yang dibuat dengan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) yang merupakan sebuah syarikat perbadanan kerajaan Malaysia.


Masalah air yang kerap berlaku ialah di daerah Kluang dan Batu Pahat yang pernah mengalami krisis air satu masa dulu, kini dan selamanya??? Ni lah timenya kita berubah, jangan mengada nak SELAMANYA.
UMNO TOTOKEAN lu orang mesti ingat, tiada yang kekal melainkan Allah SWT.





Friday, August 3, 2012

Transformasi Abby VS Ustazah Mashitah

Blogger Pro-Umno sibuk mengatakan Abby Abadi yang cukur kening walau pun dah jadi penyokong PR.   Blog Milosuam telah membuktikan Abby Abadi tidak lagi mencukur kening dah... Berbeza sangat dengan Ustazah Mashitah seperti gambar transformasi beliau daripada menjadi penceramah biasa kepada  YB Umno dari blog tukanglawan.

Abby dah tak cukur kening, USTAZAH Mashitah cukur kening yer YB?

So betul ke dakyah bodoh orang UMNO -> PAS - Parti Ajaran Sesat?

Sendrik fikir lah weiiii...Siapa yang sesat?

Semoga Ustazah Mashitah terbuka hatinya untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar.